Tuesday, May 26, 2015

Umrah yang AWESOME dengan Andalusia Travel and Tours. Part 3.

9 Mei 2015.
Harini ada lawatan hudaibiyah. Ok. sebenarnya tak ingat pergi hudaibiyah hari ni ke apa. Tapi kita cerita je lah.

Mama beli kasut lepas subuh dengan kakak saya di Masjid.

Lawatan tambahan ni ke hudaibiyah, Muzium Haramain and ke Gua Hera. Lawatan ke Muzium pada waktu tengah hari. Dan lawatan ke gua Hera waktu malam. Sejuk sikit nak daki malam-malam gitu. 

Separate. 25 Riyal untuk ke Muzium & Hudaibbiyah and 25 Riyal untuk ke Gua Hera. 25 Riyal seorang tau.

Pagi pukul 7.30 pagi, bersiap turun untuk ke Muzium. Muzium tu ada barang lama Mekah lah kiranya, pintu lama, pelan Masjid Haram and Masjid Nabawi etc.

Ceritanya, masa nak pergi naik bas untuk bertolak ke Muzium tu, semua orang macam kerumun jugak la. Lepas tu Ustaz Andy macam tunjuk satu lagi bas, jadi saya and abang saya naik bas satu lagi. Sekali bas tu macam.... Macam banyak orang dari Bas 1 pulak.


Yang handle bas tu pun ustaz Bas 1, Ustaz Hafizul. Abang saya cakaplah dekat ustaz pasal kewujudan kami di bas ni. Kang dia pelik pulaks kan muka berubah jemaah dia. Bila masa buat plastik surgery kheen.


 Aku dah rasa tak sedap sebab ustaz Hafizul dengan Ustaz Andy cara dia bercerita dia lain. Dah rasa tak selesa.. Tiba-tiba rasa macam "Rindu mutawip aku. hephep. tsk tsk", sendu sensorang iols dalam bas.



Dalam perjalanan nak ke Muzium tu, ustaz Hafizul ada cerita yang trip ni naik coaster je. Tapi, kali ni naik bas. Tak ingat lah cerita dia. Lepas tu dia ada cerita dulu jemaah boleh bawa balik 10 kg air Zam Zam balik rumah tapi since haji tahun lepas, kerajaan benarkan 5 kg air Zamzam je sebab air Zamzam makin berkurangan.

Air Zamzam makin berkurang mungkin sebab akhlak kita ni makin buruk, tu sebab lah dekat tepi-tepi jalan ada poster pasal nak jaga akhlak ni.

Wallahualam.


And Ustaz ada juga cerita yang dulu boleh lawat kilang buat apa...kain untuk Kaabah tu punya ayat. Eh entah tak ingat tapi yang pastinya, dah tak boleh pergi situ sebab orang curi benang emas tu. Chait! Amik berkat ke apa benang tu? Ke jual? Hmmmm..


Ustaz ada kasi tips, kalau masuk muzium tu, video je dalam tu, sebab kalau tangkap gambar nanti, pose ni menjadi tak menjadi. Lagipun masa diberi limited je. Oh, lupa nak cakap Muzium ni memang kena ada pas baru boleh masuk, kiranya kami ni dah ada pas lah. And memang limited time je dia kasi.



Abang saya pesan, nanti kalau Muzium tu kiri kanan, saya video sebelah sini abang saya video sebelah situ.


Dekat Muzium :)

Sampai dekat muzium, saya reunited balik dengan mama and Kakak saya. Yeay! Dengan telefon yang saya ada, saya pun tekan butang rekod sambil menghayati apa ada dalam muzium tu. Ustaz Andy dia memang best lah guide dia, dia bercerita. and then, I was like waiting for Ustaz Hafizul to bercerita juga because, I entered the museum quite late, and lepas tengok Ustaz macam tak nak bercerita je, saya pun tengok sendiri and baca sendiri the descriptions. Ok Ustaz mungkin la bercerita kalau ditanya. Takkan lah saya nak bertanya kan. Perempuan jenis Iols berat sikit mulut ngan laki ni.






Dekat sana ada gambar hajarul Aswad. Ada orang dok usap-usap gambar tu. Hish. macam tak kena je kan. Biarkan. Dia punya mazhab lain aku tak tahu. Malas nak tahu~


Bila dah siap berziarah ke Muzium, kami pun keluar. Mama ada ajak masuk bas sama dengan dia tapi saya macam risau lah kan, manalah tau Bas 1 punya ustaz tu cari-cari ke apa ke. Tapi abang saya beritahu Ustaz Andy so kira settle lah kot. Dalam bas tu, pergi lalu kawasan ladang unta. Sambil dalam bas tu  Ustaz Andy bercerita pasal ada seorang makcik/pakcik dari kampung Ustaz Andy di Indonesia tertidur masa ceramah. Dia tengah isap curut ke apa. Lepas habis ceramah, dia ambil lah curut dia tu. Bila letak kat mulut rasa lain. Rupanya tahi ayam. HAHAHAHHA...


Ustaz ada cerita yang kerajaan Malaysia tak bagi jemaah dekat dengan unta for now sebab syak Unta penyebab penyakit ~. Jadi lalu je lah. Satu lagi dia ada gurau pasal kalau kita minum susu Unta ni kiranya kita ada saudara di Arab. Saudara se-susu. Mula-mula blur-blur apa lah ustaz ni cuba cakap nih. Last-last faham jugak rupanya unta tu jadi saudara kita lah. hekhekhek. Kaso gurau tuh.


Dekat Tapak perjanjian Hudaibiyah :) Kakak saya kiri, saya kanan.



Masa di masjid Hudaibiyah, takda apa sangat. Tapi ingat kan Perjanjian Hudaibiyah? Kalau tak ingat pun bunyinya macam familiar kan? Hehehe. Dekat situlah perjanjian Hudaibiyah dimaterai. Cewah ayat Melayu kelas Pertama sangat. Tapi tak sure betul ke tak penggunaan ayat tu kat situ. Hehehhek. Dekat situ tinggal peninggalan dinding je. Tu pun banyak orang dok conteng -_-


Lepas tu kami pun balik hotel :)


Malamnya pulak pukul 10 pm, jemaah yang ikut ke Gua Hera turun ke lobi untuk ke Gua Hera. Lama jugak tunggu bas. Daripada hand sign ustaz Hafizul ke Ustaz Andy, saya faham yang jalan padat. So, sambil tunggu tu, saya belikan balm untuk kakak saya. Balsem gosok, 6 Riyal. Bayar pakai 10 ringgit duit Malaysia, baki dapat riyal. Kehkehkeh. Sebenarnya kita rugi, but then, takpe lah~


Naik bas menuju ke satu tempat. Dalam bas tu ustaz Andy cakap, sekejap je boleh sampai, tak payah tidur. Jemaah lain was like "Macam mana ustaz tahu?" Kantoi. 


Oh, trip ni tak ramai pergi, naik satu bas pun cukup. :)


Sampai satu kawasan ni, turun bas and van akan bawa kita ke kaki bukit. Take turns la. Lepas van tu turun baru jemaah lain pulak naik. Sebelum naik van saya ada buat stretching sikit dengan kakak saya. Sebab kalau terlipat urat kan naya. Sapa pula nak kendong atas bukit tu. Takyah nak berangan my bakal Zauj la aku tampor kang.




Oh masa dalam bas masa lerjalanan ke Gua Hera Ustaz Andy ada cakap Ustaz Hafizul akan daki dengan kami, tapi Ustaz Andy tunggu dekat kaki bukit in case jemaah tak larat at least ada orang tunggu kat bawah. So dekat atas Ustaz Hafizul, dekat bawah Ustaz Andy tunggu.


Sebelum naik kami tunggu dekat kaki bukit. Ustaz Andy cakap nak pergi toilet pergi dekat situ sebab dekat atas nanti takde toilet dah. Mama pergi toilet, saya, kakak and abang tunggu Mama keluar sambil tengok dekat bukit. Jemaah lain dah ikut naik dengan Ustaz Hafizul. Masa kami tengok bukit tu,  Ustaz Andy datang and cakap "Jangan ditengok atas. Nanti tak sampai" Hahaha. Memang tinggi weh. Saya dah berkobar-kobar dah. Ustaz Andy jawab soalan abang saya tanya lama tak nak sampai atas. Ustaz jawab dia naik 45 minutes je. Kami pun macam waaaah.


Masa nak naik tu, Mama sempat beli tongkat 5 Riyal. Mama ada cakap dekat tuan kedai tu, kalau saya dah tak pakai saya jual balik. Saya ingat Mama "sewa" je tongkat tu sebab bila masanya lagi Mama nak pakai.
Dekat kaki bukit tu pun dah curam. Ada makcik-makcik tak larat dah duduk dekat kaki bukit. Dekat kaki bukit tu ada rumah tepi-tepi. Tapi gelap la. Mungkin orang dah tidur?




Masa naik bukit tu, Mama dah penat. Saya tunggu and tunggu. Mama duduk sekejal dekat tepi. Saya naik je bukit lepas Mama cakap nak naik naik lah.
Saya naik sambil buka lampu phone signal abang, kakak, mama saya dekat bawah. Tapi macam tak perasan je diorang. Saya pun naik. Naik lagi. Tekak rasa kering. Kering yang amat. Air dengan kakak saya. Nak tak nak saya naik je bukit. Daki sambil tengok bawah, kalau aku turun ruginya aku. Tengok atas and cakap dalam hati, sikit je lagi ni.




Kepala dah pening sebab tekak kering. Saya ambil balsem gosok tu hidu. At least hilang lah pening. Nasib baik daki malam. Sejuk sikit. Angin mendayu-dayu je :)


Dekat bukit sambil naik sambil tengok scenery. Jam besar yang dekat Masjid Haram pun boleh nampak dekat situ. Jadi kecik je jam tu.

Tengok. Kecik je jam tu. Ok Lepas tengok map kat internet jadi 
tak sure betul ke itu jam nye. 
Tapi memang nampak kecik kan?





Masa naik tu, dekat tepi saya nampak akak, makcik yang mungkin dah penat berehat dekat tepi. Saya pun berhenti dekat pit stop situ.




Sampai dekat atas sikit, saya nampak jemaah Andalusia. Dua orang lelaki. Seorang macam remaja seorang macam pakcik. Yang muda tu cakap something macam mana entah tapi dia bahasakan saya "Akak" dekat pakcik tu. Then saya betulkan "Adik" lah. Ceh. Padahal tak tau pun umur dia berapa. Assume aku lebih muda lah senang.


Kami naik together lepas tu sebab memang saya yang ikut diorang sebab dah macam bahaya dekat atas tu banyak pengemis. Macam makin kasar pun ada.
Dekat tepi tu ada pengemis cakap "Malaysia Boleh" ingat dia kasi semangat tapi lepas tu dia hulur tangan minta riyal. Hpmg. Cemtu pun boleh.
Masa berhenti dengan dua lelaki tu, yang muda tu offer strepsils sambil cakap "Tau mesti tekak kering kan". Jasamu dikenang. Memang kering. Kering sahara dah. Hahahaha..



Masa daki lagi tu, pengemis kiri kanan "Malaysia Boleh". Yang muda tu reply "Malaysia memang boleh, kami yang tak boleh". HAHAHAHAHA.



Dah sampai atas sekali tu, saya ingat nak turun dah. Atas sekali tu bukan Gua lagi. Kena turun sikit dekat sebelah lain and lalu macam lorong baru ada gua. Saya ingat nak turun terus balik je. Tiba-tiba Ustaz Hafizul dah nampak kami dekat atas lagi dia cakap "Jemaah Andalusia dekat sini". Dia sambung lagi "Takda orang ni". 



Memang sikit orang dekat situ. Saya pun turun jelah. Masa lalu dekat lorong batu nak lergi Gua tu, macam sempit. Sampai the guy yg gave me strepsils cakap "Ustaz tolong kami ustaz". saya ada videokan sebab in case mak saya tak sampai, at least ada video dekat situ Mama boleh tengok.






Last-last dapat masuk. And saya terus berdiri dekat tiang dekat tepi bukit. Tengok keadaan sekeliling. Lepas tu Ustaz suruh solat la dekat dalam. Tapi yg lelaki Strepsils tu kata "Ha bagi adik tu dulu lah". Saya sendiri tak sure ada wudhuk ke tak, saya cakap "Takpelah". Awkward sungguh jawapan saya. 

Kanan sekali tu abang saya, yang tengah ustaz Hafizul, yang kiri sekali, Lelaki Strepsils. Ahaks :P


Lepas tu saya tengok je dekat tepi tu. Main kucing then lelaki Strepsils tu tanya dekat Ustaz macam mana kucing boleh sampai situ, pastu saya tak ingat lah jawapan ustaz apa tapi lepas tu ustaz "test" kekuatan air zamzam. Dia macam tarik lelaki strepsils tu before and after minum Zamzam. Saya kat sebelah was like "should I move myself?"


Pastu ustaz cakap orang patut kaji lagi la air zamzam ni. Wallahualam.



Saya duduk kat situ tak buat apa, 2 orang lelaki tadi bersembang dengan ustaz lepastu ada seorang tanya "Mana adik tadi dah turun ke". And saya menyahut.




Tak lama lepas tu saya pergi la dekat dalam gua. Hekhek... tadi kalau saya pergi orang mesti tengok saya buat apa. Saya pergi waktu orang tak pay attention sangat keadaan sekeliling. Oh dekat situ masa saya dalam gua tu ada beberapa wanita lain dari negara apa tak tahu. Dah siap buat hal saya, saya pun turun nak balik. Masa turun tu, terketar-ketar kaki okeeh.



Oh oh lupa nak cakap dekat atas sana pun ada kambing. Hahahah ada tangkap gambar tapi geeelap sangat tak nampak pun apa benda. 





Penampakan kambing waktu gelap cemni
 aku berusaha jugak tangkap gambar beliau.



Masa turun saya nampak beberapa jemaah perempuan naik. Jemaah yang tarik saya masa Tawaf. Saya kasi semangat "Sikit lagi!"



Saya suluh pakai phone, sambil tolong pakcik kat depan saya. Lampu pakcik macam malap je. Oh tips. Bawa lampu suluh kalau nak daki waktu malam. Pengemis tak buka lampu kalau anda tak hulur. Ok dia buka juga tapi dia main buka tutup.



Lepas tu, saya nampak budak botak. Hehehehe abang saya. Dia dah dekat atas sikit. Tapi mama dan kakak saya takde. Abang saya cakap ada dekat bawah. Saya pun turun. Dah suku daripada bawah tu, baru saya nampak mama dan kakak saya duduk dekat tempat henti. Kakak saya kasi kucing dekat situ air. Ada 2 ekor. Mama cat and Baby cat. Baby tu umur 1-2 bulan lebih kurang. Dekat situ saya minum air akhirnya. Lepas tu kakak saya cakap "Orang perlukan balm". Saya balas "Orang perlukan air". Hahahaha.





Masa nak turun tu, rupanya ustaz and the other jemaah, sekali dengan abang saya pun dah turun, terserempak la dengan kami. Turun sekali lep.
Sampai dekat kaki bukit, ustaz tu suluh-suluh muka pulak~ mungkin nak tengok jemaah. Atau mungkin dia suluh sekejap tapi effect dia dekat mata saya lama. Pasal saya silau.




Dekat kaki bukit, van dah tunggu. Kalau tadi kena jalan atas sikit lepas turun van tapi ni, van dah tunggu. Mhehehehehe.



Lepas tu van pergi dekat tempat Ustaz Andy tunggu amik beberapa jemaah lagi, ada jemaah beli air. And turun lah kami. Kami rupanya batch pertama yang turun ke bawah.


Van tu macam roller coaster tau. Masa naik lagi lah Masha-Allah ya habibi tulong slow sikit. Jelly jantung aku.
Masa turun tu dia siap cakap "Laju". Gurau kasau nau.



Lepas dah sampai bawah, naik bas. Mama sempat tido ayam while waiting for other jemaah untuk turun.
Dalam bas Mama ada tanya seorang makcik tu, dapat naik atas sekali. Makcik tu jawab dapat daki atas sekali, tapi lepaa tu jelly la kaki. Masatu baru saya sedar. Kaki saya pun jelly.



Masa perjalanan balik ustaz Hafizul ada cakap selalu lepas lawatan ni, mutawwif dah rasa sayu sebab dah nak habis waktu di Mekah. Dia pun ada cakap sementara masih di sini berbaki waktu yang ada, beribadahlah. Saya dengar pun macam sentap. Sebab jarang pi sejid. And sebab esok (aka harini sebab dah pagi pukul 1 lebih) dah tawaf wada. Tawaf selamat tinggal.
Masa dekat hotel dah pukul 2 am lebih lah. Subuh pukul 4.30 am lebih kurang. So sikit jam je boleh tidur.



Sampai lobi hotel, tunggu kejap ke tak ingat. Tapi sampai bilik terus tidur. Mama ada pesan. Subuh nanti kat masjid.




Post a Comment