Saturday, July 25, 2015

Umrah yang AWESOME dengan Andalusia Travel and Tours. Part 5.

Memandangkan saya dah lambat sangat update, ada details that i've forgot like the dates and stuff. Sorry. Disebabkan itu side stories will be updated in another post. :) Like hilang selipar di Madinah, and stuff :)






12 Mei 2015


Hari ni ada baaanyak lawatan. Mula dengan Masjid quba.


Sebelum ke Masjid quba, saya ambil Wudhuk dulu sebab teringatkan apa ustazah cakap semalam. Jadi lepas ambil wudhuk, saya ingatkan abang saya untuk ambil wudhuk. Mama and kakak saya dah tunggu dekat bawah.


Sampai kami dia Masjid quba, Ustaz suruh ingat mana kedudukan bbas sebab boleh sesat and bas berhenti jauh sikit. Lepas tu kami pun turun dan ikut Ustaz menuju ke arah masjid. Dekat masjid tu, banyak orang berjual beli. Ustaz pesan untuk elak sesat, bila siap solat nanti, berkumpul lah jemaah  di satu tempat dan bergerak bersama.






Kami pun menuju ke tempat solat wanita. Kami solat tingkat atas sebab kurang crowded. Siap solat, ada jemaah dari Indonesia. Mak saya cakap dengan diorang, Solat dia atas lebih bagus sebab tak ramai orang. And naiklah mereka.



Siap solat kami keluar and nampak jemaah andalusia. Tapi bila ditanya rupanya group yang lain. Jadi saya, Mama and Kakak keluar sikit lagi and berjumpa dengan group kami. Patutlah group tadi nampak lain aje muka. Group orang lain rupanya. Hekhekhek.








Ustaz pun ada dekat situ. Kami pun tunggu jemaah lain. Ada seorang jemaah tersepit jari ke apa tapi bedarah jari dia. Ada jemaah minta ubat sapu dengan kami tapi takde. Ustaz suruh jemaah lelaki tu to hold his hand up. So that darah tak keluar banyak ... kot?

Kami pun naik bas dulu. Tapi ustaz tunggu lagi jemaah lain. Masa dalam bas tu saya perasan ustaz and the other jemaah tangkap gambar together-gether.




Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke ladang kurma. Dekat sini ustaz kata nak melontar boleh tapi kami akan pergi tempat kurma yang lain yang murah sikit kot katanya. Memula fikir... Nak lontar apa la kat sana. Rupanya nak melontar duit. Hokhok cemtu rupanya.



"....kurmak..", Sudin membaca surat yang diberi oleh Ros.
dialog tu berkumandang di kepala saya sekarang ini.




Dekat ladang tu, kami berehat, ada beli kurma and ada yang duduk aje sebab nak pergi pasar kurma nanti. Masa dekat sini, ada yang bertanya ustaz. Pasal Dajjal etc.




Lepas melawat ke ladang kurma, kami meuju ke Bukit Uhud.

Dekat sana adalah tempat umat Islam menang dalam peperangan tetapi sebab nak kutip wang rampasan, pihak musuh yang belum berundur menyerang kembali. 

Masa nak explain map dekat bukit uhud tu, Ustaz macam explain strategy perang. Nanti kalau ada masa saya upload video :)

Dekat sini pun ada perkuburan sahabat yang gugur di sini. Kami tak daki bukit tu sebab kekangan masa. Tapi kami pergi tapak perkuruan tu and baca doa di sebalik tembok. Tinggi tembok. Tapi dinding dia yang made of glass dah pecah.


Lepas dah baca doa, kami ikut ustaz. Ustaz Andy ada explain apa benda yang dijual dekat situ. Macam benda ni bagus untuk batuk, benda ni teh and etc. Lepas tu saya ingat nak masuk bas dah. Tapi jemaah lain ikut je ustaz sampailah ustaz pergi dekat pekedai cincin ni. 

Dia cakap, "Saya cuma mahu tengok batu di sini sahaja. Tak perlu ikut". Lolz. Hahahahha..


Anyway bertangkap gambar lah kami. Gambar dekat phone mak saya banyak. Nanti insya-Allah akan di update :)



Sepatutnya kami pergi masjid 7, masjid qiblatain tapi disebabkan kekangan masa, kami cuma lalu tepi je. :(

Esoknya pula kami ada taklimat untuk balik. :'(


13 Mei 2015

Harini merupakan hari terakhir kami di Madinah. Taklimat pada pagi ni, ada cerita macam mana nak beri salam dekat nabi, macam mana kami balik nanti, mana nak letak beg and pukul berapa. Pukul berapa bas bertolak and other things.


*Will be updated soon. Stay tuned :)




24 november 2015. Assalamualaikum. :)

Ni nak update last kot. hahah sorry. Sometimes, looking at something is better than reading about something. So here we go. Videos :)



Kambing dekat Gua Hera'









Dekat Gua Hera'








Kucing dekat Gua Hera'. Yes, unfortunately, it was that filthy.  Probably because of the strong wind blowing the sampah sarap here and there. You should see some trees even 'caught' plastic bags on their branches. #Truestory






Perjalanan nak balik dari atas gua nak pergi kawasan bas.





Muzium :)







Pasar kurma





Muzium lagi







Masa ni taklimat dari madinanh untuk balik Malaysia. This thing caught my attention. ehehehehhe





Airport Jeddah.



Dalam kapal terbang. You can see the dark cloud over there. Masuk ke kawasan malam. Zon waktu yg berbeza. From there, I knew the journey would end soon. Sigh. I miss it :(



OK that's all I guess. If any of you guys want to read the further details, I will try my best to update :)







Post a Comment